Melina berasa sunyi apabila Benny sering ke luar daerah. Melina mendapati Benny sudah semakin berubah tetapi tetap berpesan supaya suaminya sentiasa menjaga diri dengan baik. Dia sering ditemani oleh Khadijah, anak gadis yang tinggal berjiran dengannya. Khadijah selalu disuruh oleh ayahnya untuk menemani Melina kerana bimbang terjadi sesuatu yang tidak baik kepada dirinya. Melina berasa senang dan hatinya mengucapkan terima kasih kepada Haji Awang sekeluarga kerana begitu mengambil berat terhadap dirinya. Melina merasakan Khadijah gadis belasan tahun yang matang. Dia pernah melihat Khadijah menguruskan rumah ketika ibunya sakit. Melina bertanya kepada Khadijah tentang Sungai Besar tetapi Khadijah menggelengkan kepala kerana tidak pernah pergi ke sana.
Minta izin copy boleh?
ReplyDelete