Saturday, January 22, 2011

Sinopsis Kabus di Perbukitan Bab 25

Bab 25: Menghapus Dosa

Benny bersama dua orang rakannya mengunjungi rumah Ustaz Hassan syukri. Mereka berbual tentang pengamalan agama Islam di Malaysia. Ustaz Hassan Syukri memberikan pendapatnya bahawa budaya Islam di setiap negara berlainan tetapi mereka tetap berpegang pada agama Islam yang menyatukan semua umatnya. Mereka mengundurkan diri daripada rumah Ustaz. Semasa di dalam kereta, Mohammed Attar dan Mehmood bertukar-tukar pendapat mengenai Ustaz Hassan Syukri. Benny merenung ke luar tingkap ketika kenderaan terus dipandu laju ke arah Kuantan. Sesekali fikirannya teringat kepada rumahnya di Marang dan tempat Melina hanyut dalam lukisannya.

No comments:

Post a Comment