Saturday, January 22, 2011

Sinopsis Kabus di Perbukitan Bab 24

Bab 24: Lambaian Hati

Faridah menghidangkan teh panas kepada tetamunya,Zain. Anne berasa senang dengan layanan ibunya terhadap Zain. Faridah bertanya kepada Zain tentang kampungnya lalu Zain memberitahu kampungnya di Sungai Besar. Setitis air mata Faridah mengalir perlahan kerana teringatkan kampung halaman yang padinya luas terbentang. Zain amat memahami perasaan Faridah yang terlalu rindu akan kampung halamannya. Zain mengajak Faridah untuk tinggal di rumahnya di Kampung Parit Satu. Faridah ingin pulang ke Malaysia untuk pergi melawat rumahnya dan anaknya,Melina. Faridah terkenangkan kembarnya,Rahayu dan ayahnya yang sudah menjangkau 70-an. Dia bertekad untuk pulang ke Malaysia supaya anak-anaknya mengetahui susur galur keturunannya.

No comments:

Post a Comment